Tradisi dan budaya Rejimen Renjer Diraja

Tarian Dayak

Fail:Taridayak.jpgTarian Dayak adalah sebahagian dari tradisi Rejimen Renjer

Rejimen Renjer sering memperagakan Tarian Ngajat, adat suku kaum Iban semasa menyambut tetamu kehormat. Umpamanya, tarian ini dipersembahkan oleh 4 Renjer kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hackle

Rejimen Renjer DiRaja merupakan satu-satunya rejimen tetap Tentera Darat Malaysia yang dibenarkan menggunakan hackle sebagai sebahagian daripada pakaian seragam mereka sebagai satu simbol penghormatan yang tidak terdapat di dalam rejimen-rejimen TD yang lain. Rejimen Renjer DiRaja menggunakan hackle berwarna hitam. Pada masa yang sama juga, pegawai dan anggota RRD akan menggunakan butang baju bewarna hitam apabila memakai Pakaian Kerja/Pejabat, No.3.